Monday, March 29, 2010

Tazkirah

Tinggal Lima Rugi Lima

Sabda Rasulullah: "Barangsiapa yang menghina lima jenis manusia maka dia akan rugi atau kehilangan lima perkara;

1. Barangsiapa yang tidak menghiraukan ulama', rugilah agamanya.

2. Barangsiapa yang tidak menghiraukan pemerintah, rugilah dunianya.

3. Barangsiapa yang tidak menghiraukan jirannya, rugilah ia dari mendapat perkara yang baik.

4. Barangsiapa yang tidak menghiraukan saudaranya, rugilah kasih sayang.

5. Barangsiapa yang tidak menghiraukan isterinya, rugilah kehidupan yang bahagia.


Penawar Penyakit Hati

Pada suatu ketika, seorang pesakit datang kepadaseorang yang arif, Sofyan r.a. dan pesakit itu bertanya kepadanya, "Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh dari Allah Taa'la. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan..."

Sofyan r.a. seorang ulama yang arif lalu berkata kepadanya, "Ya saudaraku, hedaklah kau mengambil beberapa tangkai keikhlasan, daun-daun kesabaran, dan perahan kerendahan hati. Letakkan kesemuanya dalam wadah ketaqwaan, lalu tuangkan ke dalam cairan rasa takut, kemudian direbus bersama kewaspadaan dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah dari gelas istighfar yang telah dicampur dengan air kesolehan. Sesudah itu jauhkanlah dirimu dari rakus dan tamak, insyaallah dengan izin Allah Taa'la, engkau akan sembuh dari penyakitmu,"

Sayyidina Ibrahim Al-Khawash r.a. berkata, "Penawar hati itu ada lima, yakni membaca al-Quran dan merenunginya, mengosongkan (puasa), bangun (solat) malam, memohon (doa) pada waktu sahur, dan bergaul dengan para solehin."


Nasihat Luqman Hakim Kepada Anaknya

Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka Nabi Muhammad sebagai pedoman hidup.

Kalimah itu ialah:

1) Apabila engkau sedang solat,jagalah baik-baik fikiranmu
2) Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu.
3) Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu (perkataanmu)
4) Apabila ebgkau hadir dalm jamuan makan, maka jagalah perangaimu.
5) Ingatlah selalu kepada Allah.
6) Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapinya.
7) Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain,
8) Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu...




Sunday, March 14, 2010

إنشا الله - Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way



Thursday, March 11, 2010

Jangan Jadi Fitnah Kepada Parti Kalian.


Khas untuk yang menukar kalimah takbir kepada take beer


Saya tidak pasti kalian belajar dari mana sehingga kalian rasa boleh untuk mempersendakan kalimah takbir sehingga menukarkannya kepada benda haram seperti beer. Saya cuba memahami latar belakang kalian dengan bertenang dan menganggap kalian dalam keadaan tidak mengetahui apabila melakukan perkara ini.

Saya hendak menjelaskan di sini bahawa, kalimah takbir itu adalah kalimah mulia di dalam Islam. Bila dilaung takbir, orang akan pantas menyahut: “Allahuakbar” yakni bermaksud Allah Maha Besar. Inilah dia lafaz kemuliaan. Dilaungkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semasa peperangan, semasa kegembiraan.

Maka sekiranya kalian mempersenda-sendakan kalimah itu, tidakkah kalian melihat bahawa kalian ini sedang mempersendakan siapa? Kalian hakikatnya sedang mempersendakan Allah, Tuhan saya, Tuhan orang Islam, Tuhan kepada seluruh alam ini. Dan jika kalian beragama Islam, anda telah mempersendakan pula Tuhan anda sendiri.

Saya tidak nampak, bahawa alasan: “Saya nak kutuk parti lain” boleh menjadi lesen sehingga mencipta kutukan sebegini kurang ajar untuk Allah SWT. Kenapa memasukkan Allah dalam pergaduhan politik kalian? Adakah kalian ingat, takbir itu hak satu-satu parti?

Ketahuilah, takbir itu hak seluruh ummah Islam.

Saya ingin tanya kamu yang menukar takbir kepada take beer ini, kamu hendak apa sebenarnya? Hendak menang sorak kemudian mendapat murka Allah?

Marilah kita sama-sama bertaqwa kembali kepada Allah SWT.

Sesungguhnya Allah SWT itu keampunan-Nya amat luas.

Belum terlewat untuk kita tunduk memohon ampun atas keterlanjuran kita terhadap-Nya.


Politik juga adalah satu ibadah


Kita perlu faham bahawa, politik juga adalah satu ibadah. Politik adalah satu perkara mubah yang pada satu tahap boleh menjadi wajib. Maka, jika kita menjalankan politik dalam lingkungan yang dibenarkan syara’, dengan adab-adab yang dibenarkan syara’, ditambah pula dengan niat yang ikhlas, maka jadilah politik itu satu ibadah.

Maka jangan kita cemari ibadah ini dengan carut-carutan yang merosakkan ibadah kita. Jangan kita isi dengan perkara-perkara hodoh dan tidak bermoral seperti mengedit gambar pemimpin parti lawan menjadi gambar-gambar tidak elok. Jangan sampai masuk mencaci maki agama.

Laksanakan politik dengan adab. Biar kamu wahai yang berkecimpung dalam medan politik, yang aktif dalam arena politik, yang katanya hendak membantu parti masing-masing, yang katanya berjuang dengan perjuangan masing-masing, mampu menjadi contoh kepada rakyat seperti saya.

Pesan saya, jangan sesekali kita bawa fitnah pada kumpulan kalian.

Jangan kerana kita, perjuangan kumpulan yang kita sertai itu rosak.

Tetaplah kalian pada ajaran Allah SWT.

Sesungguhnya yang benar hanyalah mereka yang mentaati-Nya.

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” Surah Ali Imran ayat 110.


Ini untuk yang terlibat sahaja. Yang tidak terlibat, jangan sesekali terasa


Saya harap, tiada sentimen assobiyah, perkauman, kepartian di sini. Saya hanya menegur yang terlibat, dan tidak pula menyentuh yang tidak terlibat. Tidak pula saya rendah-rendahkan mana-mana parti di Malaysia ini. Juga tidak saya sebut mana-mana nama untuk rujukan. Tidak pula saya dedahkan siapa pengucap carut-carutan dan siapa pula yang mengucap take beer ini.

Artikel ini umum, saya menulis, adalah atas rasa tanggungjawab betapa perlunya kalian yang katanya berjuang untuk parti-parti kalian, menjaga nama baik parti masing-masing dan menjaga kebersihan perjuangannya dengan membersihkan peribadi kalian. Pokok artikel saya adalah, syakhsiah kita memberikan impak yang besar kepada perjalanan parti kita. Saya juga berhajat memberikan kefahaman kepada yang menukar kalimah takbir kepada take beer, kerana ada kemungkinan mereka tidak megetahui letak taraf kalimah takbir itu.

Saya senang anda membaca artikel ini dengan rasional dan tenang.

Mudahnya, saya sebenarnya hendak mengajak kalian untuk membayangkan, apabila orang melihat sikap buruk kalian. Orang akan berkata:

“Tak sangka ya, parti tu perangai dia macam itu”

Ya, kita boleh kata pada yang berkata itu begini: “Mana boleh nilai parti dengan hanya seorang sahaja”

Tetapi agaknya, berapa ramai yang berfikiran macam kalian fikir? Orang tiada masa. Kalianlah yang menjadi perhatian. Sebab itu, kalau kalian perasan, Rasulullah SAW berpesan kepada ummat Islam untuk menjaga diri masing-masing. Hal ini kerana, orang-orang Islam adalah imej kepada Islam. Islam itu sempurna, tidak salah. Tetapi apabila ada orang Islam yang merosakkan imej itu, kesempurnaan Islam juga tercalar di mata manusia.

Begitulah kalian dengan parti kalian.

Kalian bertanggungjawab menjaga imej parti kalian.


Penutup: Pesan saya, kembalilah kepada Allah SWT


Ittaqullah, uusiikum wa nafsi bittaqwallah. Ayat ini sering kali diulang semasa khutbah jumaat di Malaysia. Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah, aku mewasiatkan diri kalian dan diriku dengan ketaqwaan kepada Allah”

Inilah pesan saya untuk diri saya dan kalian. Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dalam segenap hal yang kita lakukan, hatta dalam arena politik. Jangan hanya kita canangkan Islam itu, Islam ini, tetapi tidak pula kita mempraktikkannya.

Jangan sesekali kita mempolitikkan agama. Sesunggunya politik itu sendiri perlu tertakhluk di bawah agama, peraturan Allah SWT. Barulah politik itu mampu kita jalankan dengan baik, adil dan saksama.

Mari sama-sama, kita reflek diri kita.

Masalah ummat Islam dari dulu sampai sekarang hanya satu.

Kesatuan.

Sampai bila agaknya perkara ini mesti berpanjangan?

Sedangkan yang untung dari perbalahan ini hanyalah musuh-musuh Allah yang mengintai-intai peluang kemenangan.

Sumber: http://ms.langitilahi.com/semasa-jangan-jadi-fitnah-kepada-parti-kalian/

TETAMU DATARAN SYAM

TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini,
Harus gagah seperti Abu Ubaidah,
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon yang zaitun yang rendang,
Bersemadi syuhada’ pahlawan Islam,
Menanti dan terus menanti,
Hadirnya barisan waris perjuangan.

Medan ini medan yang susah dan payah,
Sesusah medan Mu’tah di puncak sana,
Dan penghuninya juga harus gagah,
Segagah Kota Karak perakam sejarah,

Di sini lah kau akan membina jiwamu,
Jiwa pembela maruah agama,
Berbekalkan ilmu,berpandukan iman,
Islam pasti akan kau merdekakan.

Ketibaanmu adik-adikku,
Ku sambut dengan seribu pengharapan,
Agar kau menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib agamamu.

Hatimu perlu cekal dan tabah,
Sesabar tiga sahabat Rasulullah,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur Dataran Syam bertuah.

Kita diajar cintakan kematian,
Bagai musuh kita cinta kehidupan,
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya,
Kau mengenal jihad dan perjuangan.

Tetamu DataranSyam, engkaulah harapan,
Untuk ummah melihat masa depan,
Sebagai ulama’ sebagai pejuang,
Islam pasti akan kau merdekakan,

Selamat datang Tetamu Dataran Syam!

Uhibbuka Fillah!

Sahabat, adalah saham akhirat kita


Ada satu hadith sohih riwayat Bukhari&Muslim telah membuatkan saya menjadi bersemangat dalam menjaga persahabatan ini.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ya. Sekiranya benar-benar kita bina hubungan kita dengan sahabat kita kerana Allah SWT. Maka Allah akan melindungi kita di akhirat kelak.

Bersahabat atas keimanan, memang indah bukan?


"Anehnya hubungan yang terbina atas keimanan ini, ia membuahkan ketenangan"

"Kalau dia terjatuh, saya akan hulurkan tangan. Kalau saya terjatuh, saya tak akan bawa dia bersama dalam kehancuran"


"Ada masa saya terkurang, ada masa dia pula terkurang. Tetapi saya yakin, kami akan terus lengkap melengkapi, agar yang terkurang itu mampu dipenuhi dan dilengkapi"

"Keimanan dan Islam itu, adalah paksi kepada hubungan kami"

"Allah adalah matlamat ukhuwwah kami"


Jom terjah>http://ms.langitilahi.com/istimewa-hari-lahir-fahmi/#more-2300


Taujihat Pembakar Semangat!

Salam Sayang dr ana (adik budin)
Sekadar berkongsi pengalaman malam tadi
Ana, akhi muslim dan akhi amir sufi ke Rembau
Ada liqo' dgn ulama' besar-Exco Pemuda Pas Pusat
Ust Nasruddin Hasan al-Tontowi
Subhanallah! Allah pilih kami jumpe dgn beliau sedangkan shbt2 lain byk sgt masyaqqat
Xpe,lo ni ana kongsikan mutiara2 taujihat beliau untuk antum:

1.Jadilah golongan "rabbaniyyun"
(orang2 Tuhan yg menjalankan amanah Allah)
-bukan sekadar menjadi ahli jemaah yg menceburkan diri dlm siasah syariah, tapi tetap kembali kpd hadaf n hakikat sebenar jemaah islamiyyah untuk menyebar luaskan agama Islam n menegakkan kalimah Allah d bumi.
-mempunyai pelan tindakan untuk sentiasa upgrade diri menjadi penolong agama Allah.

2.Memperdalam thaqafah ilmu dlm pelbagai bidang keilmuan
-menjadi daie yg "outstanding" dlm pelbagai aspek
-penguasaan ilmu baik 'ulum ad-din dan cabang2 ilmu yg lain.
-kuasai ilmuan dr skop politik, ekonomi, sosial.
-ahli2 jemaah akan ihtimam, titik beratkan terhadap ilmu terutama mahasiswa, ilmu sbg aset, mehnah sbg harta intelek.
-jika daie tak berilmu, camne nk turun kpd masyarakat! boleh jadi fitnah kpd jemaah islam amnye, PAS khususnya jika x berilmu.

3.Tadhiyyah
-kita penerus kpd laluan yg telah diterokai oleh otai2 terdahulu.
-belajar susah, jgn terlalu selesa dgn ape yg kite kecapi sekarang.
-tadhiyyah dr sudut tenaga n material.

4.Kencangkan gelombang "Syabab"
-Pemuda jiwanya kental, derap langkahnya mantap, pick-up tinggi, semangat membara.
-Pemuda jd penggerak, bukan sekadar penyokong akan tetapi pendokong.
-Dekati masyarakat, sahabat2, remaja2 d luar bil hikmah wal mau'izah.
-Qudwah hasanah lil akhorin, biar semua org suka dgn hadaf perjuangan jemaah.
-Perkasakan kawasan masing2, cth;kita duk kt nilai, kukuhkan kawasan nilai dgn Islam dan jgn lupa pd kg halaman...

"Biladun Toyyibah wa Rabbun Ghafur"
TAKBIR!!!

Pepatah Lame Cine

Salam

nk citer balik pasal citer aritu

ala mase rehlah aritu

"Pepatah Lame Cine"

Seorang ibu tua

Hari2 p perigi amik air

Buat minum, masak, basuh, n sebagainya

Di bahunya terpikul kayu

Membawa 2 buah pasu yang penuh berisi air

Akan tetapi salah 1 pasu itu retak di bhgian bawahnye

1 lg comel la bentuknya, sempurna sifatnye

Hari demi hari berlalu

2km dr umah ke perigi (2x2=4)

4km pi n balik setiap hari berulang alik mengambil air

Pasu yg sempurna penuh berisi air

Pasu yg retak tinggal separuh je isinye

Setelah 2 bulan berlalu

Si pasu retak pun mengadu pd tuannye

'aku bersalah sebab tak dapat jalankan tugasku

sesempurna yg kau harapkan'

Lalu tuannya tersenyum, (amik nafas) lalu menjawab

Kau bukan sekadar telah berjasa membantuku mengangkat air

walakin

Kau telah berjasa menghidupkan suasana di sekitar rumahku

Tumpahan air dari kesann retakan itu

Telah menyiram benih2 yg telah ku semai di sepanjang jalan

Dari rumahku ke perigi air

Telah segar bugar bunga-bungaan yg berwarna-warni

Menghidupkan hatiku yang malap, menceriakn diriku yang sepi

sahabat2...d sebalik kekurangan pasti ada kelebihan
di sebalik kesusahan pasti ada kemudahan
carilah kelebihan dalam kekurangan pemberian Rabb
pasti kita akan lebih menghargai n memberi
terutamanya dalam usaha kite nk tlg agama Allah ni
benarlah kata2 Tuhan Yang Maha Agung
"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi lagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras"
(surah ibrahim:7)