Thursday, March 11, 2010

Uhibbuka Fillah!

Sahabat, adalah saham akhirat kita


Ada satu hadith sohih riwayat Bukhari&Muslim telah membuatkan saya menjadi bersemangat dalam menjaga persahabatan ini.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ya. Sekiranya benar-benar kita bina hubungan kita dengan sahabat kita kerana Allah SWT. Maka Allah akan melindungi kita di akhirat kelak.

Bersahabat atas keimanan, memang indah bukan?


"Anehnya hubungan yang terbina atas keimanan ini, ia membuahkan ketenangan"

"Kalau dia terjatuh, saya akan hulurkan tangan. Kalau saya terjatuh, saya tak akan bawa dia bersama dalam kehancuran"


"Ada masa saya terkurang, ada masa dia pula terkurang. Tetapi saya yakin, kami akan terus lengkap melengkapi, agar yang terkurang itu mampu dipenuhi dan dilengkapi"

"Keimanan dan Islam itu, adalah paksi kepada hubungan kami"

"Allah adalah matlamat ukhuwwah kami"


Jom terjah>http://ms.langitilahi.com/istimewa-hari-lahir-fahmi/#more-2300


No comments:

Post a Comment